Bengkel Penerangan dan Pengisian Harga Dalam RATOL, Cawangan Kejuruteraan Elektrik

created at 14/03/2023

Satu sesi bengkel telah dianjurkan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik pada 14 Mac hingga 15 Mac 2023. Objektif bengkel ini adalah bertujuan ​bagi pengemaskinian dan pemurnian pangkalan data kos bagi kerja-kerja elektrik. Bengkel ini telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada kakitangan CKE dan ceramah telah disampaikan oleh Pn Masni bt Hamburg dan kakitangan BKOSI.