Bengkel Penerangan dan Pengisian Harga Dalam RATOL, Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Satu sesi bengkel telah dianjurkan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik pada 14 Mac hingga 15 Mac 2023. Objektif bengkel ini adalah bertujuan bagi pengemaskinian dan pemurnian pangkalan data kos bagi kerja-kerja elektrik. Bengkel ini telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada kakitangan CKE dan ceramah telah disampaikan oleh Pn Masni bt Hamburg dan kakitangan BKOSI.